pau kari ayam kentang
bahan2 tepung:
500gm tepung pau/tepung hongkong/tepung gandum*
1sk garam*
2sb gula*
1paket mauripan segera*
250ml air suam
2sb shorterning
cara2:
-satukan bahan kering yg brtanda* gaul sebati
-masukkan air sikit2 serta masukkn shortening
-uli hingga jd doh dn perap 1/2jam
-setelah doh naik tumbuk doh supaya angin dlm tu keluar
-uli doh kecil2 dn masukkan inti dn bulat2 kn
-biar doh naik skali ganda kukus 10-15mnt,
-jgn lupe alaskan kertas minyak di bawah pau tu
-susun doh jgn rapat kerana doh akan mengembang
-biar air kukusan betul2 didih baru masukkan kuih ye
bahan inti:
2 kerat isi ayam(potong dadu)
3bj kentang(potong dadu)
4bj bawang kecil*
3ulas bawang putih*
3sb serbuk kari
1sk garam
1sk gula
2sb kerisek
2cwn air
sedikit daun bawang(potong halus)
cara2:
-tumis bahan brtanda* hingga naik bau
-masukkan isi ayam dn kentang gaul sebati
-masukkan serbuk kari,garam,gula dn air tutup kuali masak api kecil hingga kentang empuk
-akhir sekali masukkan kerisek gaul biar 3mnt masukkan daun bawang dn tutup api biar inti sejuk
-kalau tumisan jd kering boleh tambah air
p/s:min masak tak guna serbuk perasa(ajinomoto)
No comments:
Post a Comment